Perkhidmatan

Khas Untuk Usahawan-usahawan: Pemasaran, Pengiklanan dan Direktori Atas Talian

Urusan Pengantin Malaysia ialah destinasi Web utama anda terutamanya bakal pasangan pengantin bertujuan untuk menyediakan pelbagai servis serta maklumat berkaitan dengan pengurusan perkahwinan.

  • Pemasaran atas talian kami disediakan dalam bentuk senarai direktori seperti "Yellow Pages" tetapi lebih khusus dan bersasar:
    • Pemantapan Enjin Carian yang diserasikan dengan portal kami akan menjamin hasil carian yang optimum, dalam erti kata lain, pelanggan-pelanggan akan lebih senang mencari dan mengenali perniagaan anda!
    • Penambahan Teknologi Web Secara Berterusan bererti, anda akan dapat menikmati perkhidmatan canggih seperti aplikasi web dan aplikasi sosial atas talian yang ditambah secara bulanan sepanjang tahun.
    • Rangkaian Penyedia Servis Terbesar. Kami tidak bermula dari bawah, pengalaman yang lebih dari 6 tahun dalam bidang perkhidmatan ini telah menjana rangkaian penyedia servis perkahwinan yang terbesar di Singapura, kini Urusan Pengantin bertapak ke Malaysia!
  • Pengiklanan Muka Hadapan Di Media Massa Secara Bulanan, seperti Berita Harian, Harian Metro dan sebagainya. Antara pengiklanan lain yang kami sediakan:
    • "Banner Web" yang dipaparkan di muka hadapan dan juga di sebelah kanan laman Urusan Pengantin Malaysia.
    • Laman Web Persendirian yang berintegrasi dengan portal Urusan Pengantin Malaysia, anda tidak perlu risau untuk membuat laman web anda sendiri sebaliknya anda akan mendapat laman web persendirian yang istimewa apabila anda mengiklan dengan Urusan Pengantin Malaysia!
    • Galeri Foto dapat memantapkan portfolio fotografi dan juga perniagaan anda. Alat atas talian ini sangat penting untuk mengukuhkan keputusan pembelian dan perancangan pengurusan bakal pengantin.

Khas Untuk Bakal Pengantin: Maklumat Mantap, Aplikasi Web dan Pentas Sosial

Satu dari ciri-ciri istimewa senarai direktori kami ialah penyusunan sistematik maklumat khususnya "Sebelum, Semasa dan Selepas". Melalui langkah penyusunan ini, ia memeberi para pelawat kemudahan untuk melihat senarai direktori Urusan Pengantin Malaysia dengan lebih efektif.

Ini ialah salah satu dari pelbagai perkhidmatan yang sedia ada dan di dalam pembinaan, menjadikan Urusan Pengantin Malaysia pilihan anda yang paling pintar sebagai destinasi utama untuk perihal urusan perkahwinan anda, dan lain-lain!

  • Maklumat Mantap! Bermula dengan "Sebelum, Semasa dan Selepas" iaitu konsep informatif pencarian senarai direktori Urusan Pengantin Malaysia, bakal pengantin boleh memulakan pemilihan perkhidmatan menerusi kaedah yang tersusun dan terancang. "Sebelum, Semasa dan Selepas" merangkumi secara ringkas proses sesebuah perkahwinan dari mula, pertengahan hingga selepas perkahwinan. Kaedah ini mengurangkan kekeliruan dengan menyusun perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan jangkamasa proses sesebuah perkahwinan, membuatkan pemilihan, perancangan dan carian bakal pengantin lebih efektif!
  • Aplikasi Web merangkumi alat-alat atas talian pengurusan seperti "Wedding planner"(Perancang Perkahwinan), Pembanding Penyedia Servis dan sebagainya. Aplikasi-aplikasi web ini direka lebih khusus kepada pengurusan perkahwinan agar bakal pengantin boleh menjimatkan masa dan juga perbelanjaan untuk melangkah ke jinjang pelamin!

Faedah dan Nilai Hebat

  • Urusan Pengantin Malaysia merupakan perkhidmatan paling senang, terbaru dan "fresh" untuk bakal pengantin merancang dan memilih penyedia servis sebelum, semasa dan selepas hari perkahwinan mereka tanpa perlu berasa terikat.
  • Urusan Pengantin Malaysia dilengkapi dengan maklumat yang padat dan yang lebih penting, pilihan yang amat luas yang disediakan untuk anda 24/7.
  • Anda mempunyai keselesaan mencuba dan memilih para penyedia servis untuk perihal perancangan perkahwinan anda.
  • Bandingkan kesemua harga, pakej dan dekorasi untuk mengikuti bajet yang kecil atau yang besar.
  • Urusan Pengantin Malaysia ditubuhkan khas bagi bakal pengantin secara PERCUMA.

Perkhidmatan Lain-lain

  • Rekaan laman perniagaan eksklusif termasuk pemasangan dan pengacaraan.
  • Rekaan brosur dan "flyer".

Ads

Butik Pengantin Anggerik Rindudmawar krulmatric dan arifoto siti katering butik pengantin koleksi wawasan dreamcake