Urusan Pengantin
Untuk Para Pengantin, Kemudahan Untuk AndaPemasaran
Link Pantas
Kami pihak pengurusan Urusan Pengantin Malaysia ingin mengundang syarikat anda untuk menjadi ahli kumpulan jaringan dinamik kami. Kami percaya bahawa kami mampu menyediakan pendedahan yang diperlukan untuk
pelanggan potensi anda melalui implimentasi pemasran agresif kami.
Selain daripada strategi pemasaran kami, liputan perniagaan anda akan dipantau secara berterusan disamping menganalisa dan memperkembangkan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dan penyedia servis kami pada tahap optimal.
Testimonial...
Saya ucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada crew-crew URUSANPENGANTIN.COM kerana berkerjasama, prihatin terhadap kami dari 786BRIYANI.COM. ALLAHAMDULILLAH, kami banyak terima tempahan majlis perkahwinan! TERIMA KASIH. Assalamualaikum
Puan Mariam
786 Nasi Briyani Dam Special
WWW.786BRIYANI.COM
Rangkaian Penyedia Servis Terbesar
Dalam masa terkini, kami mempunyai jumlah lebih besar dari 120 penyedia servis dalam rangkaian laman dinamik kami. Antaranya ialah D‘Vine Shots, Wajah Khalimah, Zulina Creations, MiStudio, Cemerlang Bridal, P.A.D.I Bridal, Z Decor, RS Anggun, Invogue Photography, Poise Photography, Anggerik Impian, Inzimage, Haq Wedding Services, Hana Bridal and Wedding Services, Sham Enterprise, Puteri Wedding Services, Lynda Hardy Bridal, Gembygems, Lyanaz Bridal Gallery, FloraClay, Smar Wedding Galleria, Belleza Weddings, Shima Bridal Gallery, Wedding Sutera, Wedding Secrets, Comel & Molek, Maisal Catering, JGWedding Creations, Garcia de Fernandez Avant Garde Wedding, Jannah Entertainment (Audio/Video Services), AF Studio & Gallery, NuproFotografi, Foto Fendi, Three Sixty Gallery, Khai Fotoatelier, Lenour‘s Touch, Arni Catering, 786 Nasi Briyani Dam Special, and Garuda Padang Cuisine by the Tung Lok Group.
Testimonial...
Thank you for coming up with this fantastic portal idea for both bride & grooms-to-be and for service providers like us. I find that UP has helped us quite a bit to further market out website & the hit rate is awesome. Thank you so much and keep your good effort going! God Bless.
Cik Zai
MiztiQ Henna & Body Art
Portal kami ditujukan kepada pasangan pengantin Melayu beragama Islam. Sasaran pelawat laman kami ialah bakal pengantin yang terdiri dari golongan professional muda yang cenderung ke arah teknologi internet.
Maklumat terperinci yang tersedia melalui portal kami merangkumi servis sebelum, semasa dan selepas perkahwinan.
Pengiklanan Muka Hadapan BulananKembali ke atas
Setiap bulan kami menjalankan perkhidmatan periklanan muka hadapan di hujung atas kanan surat khabar tempatan seperti Berita Harian, Harian Metro dan News Straits Times. Akhbar-akhbar ini merupakan akhbar paling banyak dibaca dan diedar kepada Muslim dan Melayu di Malaysia.
Setiap iklan akan disertakan sekurang-kurangnya 15 pelanggan yang berlanggan degan kami. Pelanggan-pelanggan mempunyai pilihan untuk menyenaraikan maklumat perhubungan di atas kemudahan pelanggan masing-masing.
Testimonial...
FYI: All praises to Allah, biz has been brisk ever since we joined UP. Thumbs up!
Puan Lena
Lenour's Touch
WWW.LENOURSTOUCH.MULTIPLY.COM
Penambahan Teknologi Web Secara BerterusanKembali ke atas
Setiap bulan, pakar teknologi dan pereka Urusan Pengantin Malaysia membawa teknologi dan komponen-komponen baru untuk faedah pelanggan kami. Antaranya ialah Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System), gallery foto dinamik dan pelbagai lagi dalam proses pembinaan.
Kami juga menggunakan sistem eksklusif penjejak pelawat untuk laman-laman anda supaya anda dapat dimaklumkan akan bilangan pelawat yand anda terima setiap bulan atau tahun.
Testimonial...
Especially to UrusanPengantin.com and your team members, thank you so much for your efforts and your professionalism. This has definitely strengthened our business relationship and we look forward to work with you again and again. Insya Allah.
Thumbs Up Urusan Pengantin!
Puan Wannie
Mariana Wedding Services
WWW.GUBAHANCINTA.MULTIPLY.COM
Ekspo Individu AndaKembali ke atas
Usaha berterusan dari pasukan jualan kami mengalu-alukan para usahawan baru atau usahawan yang sedia berniaga untuk menjadi ahli portal kami dalam membina ekspo virtual untuk pelanggan-pelanggan setia Urusan Pengantin Malaysia pada kadar harga yang bersesuaian. Kami berkomitmen tinggi untuk menyediakan khidmat portal yang berkualiti tinggi, canggih dan mesra pengguna agar para pengguna mendapat maklumat yang mereka perlukan tanpa sebarang kos, susah-payah dan apa jua obligasi.
TESTIMONIAL...
We have received a total of 14 orders from UrusanPengantin.com. Two more orders are currently still pending.
ENCIK KINO
WAJAH KHALIMAH
WWW.WAJAHKHALIMAH.COM
Pemantapan Enjin CarianKembali ke atas
Portal kami dimantapkan dengan teknologi pemantapan enjin carian terutamanya enjin carian seperti Google, Yahoo dan Microsoft Live Search. Kami tersenarai di dalam lebih daripada 200 syarikat khidmat senarai serata dunia. Portal kami juga tersenerai di dalam muka pertama apabila pencarian dilakukan dengan katakunci katakunci umum berkaitan dengan perkahwinan seperti Kahwin, Pengantin dan sebagainya. Cubalah anda melakukan carian dengan menggunakan katakunci ‘Pengantin‘ untuk melihat keberkesanan pemantapan enjin carian!
Permintaan Untuk Presentasi Tanpa PerikatanKembali ke atas
Kami berharap kami dapat berkhidmat dengan gigih kepada syarikat anda dengan memantapkan perniagaan dan jualan anda menerusi pendedahan yang dilakukan oleh jabatan pemasaran kami.
Sila hubungi kami untuk membuat temujanji dengan wakil jurujual kami tanpa apa-apa ikatan atau obligasi.
Dokumen-dokumen yang bersesuaian akan dipersembahkan ketika perjumpaan kami dengan anda. Kami akan dapat menunjukkan betapa efektif perkhidmatan kami sebagai alat pengiklanan. Kami juga akan dapat menunjukkan kadar lawatan ke laman anda yang meningkat bagi iklan yang diletakkan dalam portal Urusan Pengantin Malaysia dan juga untuk segmen individu yang bersambung dengan kami.
Kami Membuat Yang Tidak Dapat Dilihat, Boleh Dilihat...Kembali ke atas
- Kadar pelawat yang melihat segmen anda per mukasurat, perjam, per minggu dan per bulan, secara tepat.
- Dokumentasi yang menunjukkan acara pemasaran kami secara fizikal dan apa aktiviti yang dilaksanakan oleh kami apabila berada di situ.
- Brosur sampel dari pelanggan kami yang telah diagihkan dan kami akan berbuat secara sama untuk perniagaan anda.
Pada harga yang berpatutan anda boleh yakin akan bilangan pelawat yang maksimum dan juga sasaran khusus.
Kepuasan anda ialah kepuasan kami, terima kasih untuk masa anda.








