Urusan Pengantin
Untuk Para Pengantin, Kemudahan Untuk AndaKURSUS PRA PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN 2009
Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam
Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam
(MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum
pernah berkahwin.
Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JAIS berharap, kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
** Permohonan kursus ini boleh dipohon melalui pengisian borang yang boleh diambil dari Tingkat 4 Menara Selatan, Bahagian Perundangan Keluarga JAIS atau secara download melalui laman web JAIS.
** Borang boleh dihantar oleh pemohon atau wakil atau di fakskan ke talian 03-55127202.
(Makluman: Harap Maaf, permohonan melalui faks bagi bulan januari dan februari 2009 tidak dapat diterima
kerana pihak kami mengalami masalah teknikal)
** Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon : 03-55143470/3458 ( Ustaz Jamian Arshat, Puan Ruzita, Puan Norlaili )
Sumber: JAIS