Urusan Pengantin
Untuk Para Pengantin, Kemudahan Untuk AndaBantuan Umum
Perlukan bantuan untuk menggunakan sebahagian alat ‘online’ kami? Sila klik pada link-link dibawah untuk mendapatkan bantuan dan maklumat berkenaan dengan kemusykilan anda.
Soalan Lazim
Sila tujukan soalan-soalan lazim anda ke pertanyaan@urusanpengantin.com.my
S: Bagaimanakah untuk mengiklan secara ‘online’ dengan Urusan Pengantin Malaysia?
J: Anda boleh mengiklan secara ‘online’ dengan Urusan Pengantin Malaysia dengan menghubungi kami di iklan@urusanpengantin.com.my. Anda juga boleh mendapat maklumat lanjut di sini.
S: Apakah pakej-pakej iklan yang disediakan oleh Urusan Pengantin Malaysia?
J: Sila hubungi kami melalui emel di pertanyaan@urusanpengantin.com.my untuk mendapat keterangan lanjut.
Direktori
Direktori Urusan Pengantin Malaysia mempunyai 3 Bahagian utama iaitu ‘Sebelum, Semasa dan Selepas’. Ketiga-tiga bahagian ini membentuk sebuah Senarai Direktori yang besar. Pembahagian kategori sebegini bertujuan untuk memudahkan anda mencari maklumat dengan lebih mudah dan efektif. ‘Sebelum , Semasa, Selepas’ merupakan sebuah proses ‘dari-mula-ke-akhir’ yang ringkas untuk memaparkan senarai perkhidmatan yang lebih khusus dan bersasar kepada keperluan urusan perkahwinan anda.
Sebelum - Di sini tersenarai perkhidmatan yang tergolong di dalam proses awal dalam perancangan sesebuah perkahwinan. Contohnya, kategori ‘Kursus & Pendaftaran’ ialah antara proses yang paling awal dan perlu dilakukan sebelum boleh berkahwin di Malaysia.
Semasa - Kategori-kategori dalam ‘Semasa’ merangkumi senarai perkhidmatan yang paling sesuai dalam pada masa pertengahan proses perancangan perkahwinan. Contohnya, bakal pengantin akan menempah perkhidmatan ‘Katering, Khemah & Kanopi’ menjelang majlis perkahwinan.
Selepas - Bahagian ini menyenaraikan perkhidmatan yang berkenaan dengan perkhidmatan yang berkenaan dengan masa lepas perkahwinan. Contohnya, bakal pengantin akan merancang bulan madu melalui perkhidmatan yang tersenarai di dalam ‘Pelancongan’.








